SEHINGGA PARA PEMUDA MENGERTI
Realiti kehidupan pemuda pemudi sekarang berada pada tahap yang amat membimbangkan. Kita disibukkan dan dihanyutkan dengan hiburan, K-POP, leka dengan drama-drama cinta yang mengarut di televisyen, semakin malas membaca buku, semakin liat ke majlis ilmu dan sebagainya. Siapakah pemuda? Junaid menaqalkan kata-kata daripada Imam Qurtubi, pemuda itu adalah mereka yang berbuat baik kepada orang, tidak menyusahkan orang dan tidak merungut tentang orang sekeliling. Usia kita yang masih muda ini, sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya fikirannya, gerak kerjanya untuk Islam. Bukan disibukkan dengan memikir soal tulang rusuk bergetar bagai! Imam Nawawi terlalu sibuk dengan ilmu, sehingga beliau tidak berkahwin. Di dalam Al-Quran, Allah telah menceritakan beberapa kisah kepemudaan. Antaranya, kisah Ashabul Ukhdud, kisah Nabi Yusuf, kisah Nabi Musa, kisah Ashabul Kahfi dan sebagainya. Di dalam buku ‘Sehingga Para Pemuda Mengerti’, penulis meringkaskan bahawa terdapat 5 ciri yang perlu a...