[MAAF & TAUBAT]
[MAAF & TAUBAT] Maaf. “Maafkan aku!” “Kami maafkan.” Ok dah. Elok dah. Rasa tenang sikit dah. Keesokannya kau dengar cerita kesalahan kau berleluasa. Yang kau sendiri tak tahu siapa yang buka mulut. Padahal kau dah minta maaf pada mereka semua. Kau nak tegur mereka, tapi kau tak tahu siapa di antara mereka yang sebarkan. Jadi kau diam sahaja. Diam dalam tangisan. Kejam? Tidak, ianya realiti. Realiti duniawi. Sampai satu masa kau letih dengan bebanan itu. Lalu kau bentangkan sejadah dan menghadap-Nya di satu pertiga malam. Taubat. Ya. Taubat. Buat pertama kalinya untuk seumur hidup kau. Kau luahkan segalanya. Kau buka segala cerita pada-Nya. Kau memohon keampunan pada Nya. Berkali-kali. Hingga tiada apa rahsia antara kau dan Dia. Pabila kau bangun, letih tiada. Beban tiada. Hati rasa ringan. Sangat ringan. Bibir terukir senyuman. Senyuman yang hanya Dia tahu. Dan kau tahu, kalau bukan manusia, ada Dia yang akan maafkan kau. Maafnya manusia tak a...