Ikhtilat

Teringat kisah semalam. Yg membuatkan ana sangat malu. Malu yg teramat.
Semalam ana ada perjumpaan nuqaba' di masjid. Ramai juga yg hadir. Bila dah habis liqa, seorang muslimin ni berikan buku laporan usrah pada ana. Kerana ana adalah ahli jawatankuasa tertinggi bagi nuqaba', dengannya dan lagi seorang teman ana serta seorang lagi muslimin. Kami berempat yg diamanahkan untuk memantau para nuqaba' dan usrah.
Satu perkara yg menarik perhatian ana sewaktu muslimin itu meluah kata, membongkar rahsia yg amat menggusarkannya pada ana. Permasalahan para nuqaba', iaitu satu kata --- HATI.
Ana tertunduk. Tercari-cari maksudnya. Memandang Aina yg entah kenapa membisu sedari tadi.
"Yg muslimat, bila Aina (bukan nama sebenar-merujuk kpd ahli jawatankuasa tertinggi) whatsapp ajak buat liqa', semua tak balas. Bila ana sendiri yg post dekat group, semua respon. Balas dgn gaya bermanja-manja, smiley bersepah, muah sana sini dalam group yg bercampur lelaki perempuan. Walaupun ana tahu, dia tujukan utk muslimat yg lain. Satu je rumusnya. Masalah hati. Tak malu."
Ana tergamam tak tahu nak kata apa dah. Malu dengannya. Malu wehh..
"Ana mintak maaf. Mungkin salah ana. Tak jadi amirah yg baik utk jitukan akhlak muslimat."
Sesungguhnya ana sangat sedih mendengar luahan muslimin itu. Bayangkan bila kita dalam dakwah, ada muslimin yg mengomentasi nuqaba' kita begitu?
"Ana tak salahkan enti. Ana tahu enti dah cukup 'basuh' dgn usrah, tamrin, program2 dalaman muslimat. Tapi satu je, antunna da'ieyah.... tetapi bukan pendakwah kpd hati antunna sendiri. Bilamana antunna nak tarbiyyah orang lain, tapi antunna langsung tak sedia nak mentarbiyyah hati antunna sendiri. Munafik masing-masing. Hipokrit bukan?"
Zapp!
Tak sanggup nak dengar lagi. Hati ana pedih. Sedih. Memang dia tak tujukan khusus untuk ana, tapi mengikut pengamatannya, itulah masalah-masalah muslimah pendakwah kini.
Bahkan ana akui itu..
Ajak berlingkungan gembira tak nak, ajak huhahuha laju.
Sahabat mesej, malas nak balas. Muslimin mesej, dan-dan tak beralih minit tu juga nak balas. Atas desakan urusan katanya..
Mana letaknya malu? Tak terasakah diri antunna sebenarnya jadi bahan ejekan para muslimin? Mereka memerhati kerana antunna yg tersua-sua utk diperhatikan!
Antunna tunjuk gah, lantang itu ini, street dakwah di saf hadapan..
Tapi..
Urusan HATI tak settle lagi..
IKHTILAT tercicir lagi..
Tak malu ke muslimat? Ana malu. sebab ana pun muslimat. 

Comments

Popular posts from this blog

Pemuda , Pemudi dan Prioriti .

29 January 2018

SEHINGGA PARA PEMUDA MENGERTI