Ikhtilat
Teringat kisah semalam. Yg membuatkan ana sangat malu. Malu yg teramat. Semalam ana ada perjumpaan nuqaba' di masjid. Ramai juga yg hadir. Bila dah habis liqa, seorang muslimin ni berikan buku laporan usrah pada ana. Kerana ana adalah ahli jawatankuasa tertinggi bagi nuqaba', dengannya dan lagi seorang teman ana serta seorang lagi muslimin. Kami berempat yg diamanahkan untuk memantau para nuqaba' dan usrah. Satu perkara yg menarik perhatian ana sewaktu muslimin itu meluah kata, membongkar rahsia yg amat menggusarkannya pada ana. Permasalahan para nuqaba', iaitu satu kata --- HATI. Ana tertunduk. Tercari-cari maksudnya. Memandang Aina yg entah kenapa membisu sedari tadi. "Yg muslimat, bila Aina (bukan nama sebenar-merujuk kpd ahli jawatankuasa tertinggi) whatsapp ajak buat liqa', semua tak balas. Bila ana sendiri yg post dekat group, semua respon. Balas dgn gaya bermanja-manja, smiley bersepah, muah sana sini dalam group yg bercampur lelaki perempuan. W...